Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kapal NASA Rempuh Asteroid Pagi Esok

Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) lancar ujian Double Asteroid Redirect Test (DART) dimana kapal angkasa akan merempuh Asteroid Dimorphos. NASA menjangkakan perlanggaran dapat mengubah orbit asteroid dari melanggar Bumi.

Rempuhan sekadar eksperimen dalam cubaan menyelamatkan bumi

Menurut Nasa, asteroid itu tidak menimbulkan sebarang bahaya kepada Bumi, tetapi eksperimen itu direka untuk melihat sama ada eksperimen itu dapat mengelak bumi daripada dimusnahkan oleh asteroid.

Gambar ilustrasi perbezaan saiz asteroid, kapal DART & menara

Difahamkan, Kapal angkasa itu mempunyai sistem bimbingan autonomi di atas kapal yang akan bertanggungjawab untuk membimbing DART ke Dimorphos, yang hanya 163 meter (530 kaki) lebar.

Secara astronomi, asteroid itu sangat kecil. Walau bagaimanapun, penyelidik masih tidak tahu gambaran tepat terhadap rupa asteroid.

Pukul berapa DART akan merempuh asteroid?

Rempuhan itu dijadualkan pada 7:14AM, tetapi NASA akan memulakan liputan kesan DART pada 6AM pada hari Selasa, 27 September.

Anda boleh melihat rempuhan asteroid itu secara live kerana NASA akan buat liputan siaran langsung di laman web NASA dan saluran YouTube, dan Facebook.

Sumber: Space.com

Total
0
Shares
Related Posts