Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rusuhan Di Bangladesh, Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Bangladesh kini berada di bawah perintah berkurung akibat rusuhan yang berlaku sehingga ia mengakibatkan lebih 133 kematian.

Keputusan itu dibuat selepas berlaku peningkatan dalam keganasan dan demonstrasi di negara tersebut.

Jadi apa sebenarnya berlaku di Bangladesh?

Situasi di Bangladesh berlaku akibat ketidakpuasan hati pelajar terhadap kerajaan

Rusuhan bermula di Universiti Dhaka dengan pelajar menuntut kerajaan membatalkan Akta Kuota Penjawat Awam 1971 yang digubal oleh Bapa Pengasas Bangladesh iaitu Sheikh Mujibur Rahman.

Rusuhan menjadi tragis selepas penyokong Liga Awami dikatakan telah menyerang mahasiswa universiti yang membantah akta tersebut.

Akta yang digubal bersifat korupsi

Difahamkan, Akta Kuota Penjawat Awam 1971 ini bersifat korupsi kerana dikatakan akan menyebelahi Parti Pemerintah Bangladesh, iaitu Liga Awami.

Memetik laporan akhbar luar, lebih separuh daripada individu yang diambil bekerja dalam sektor awam tersebut tidak dipilih berdasarkan merit tetapi di bawah peraturan tindakan afirmatif.

Menurut dakwaan pelajar di sana, sistem kuota yang wujud telah disalah guna oleh Hasina, Liga Awami dengan memberi peluang hanya kepada penyokong untuk mengisi jawatan itu.

Penutupan Internet berskala besar

Menerusi maklumat dari pemantau web global, NetBlocks pada Jumaat, penutupan internet berskala besar berkuat kuasa di negara tersebut. Ini berikutan sekatan capaian internet oleh kerajaan.

Setakat hari ini, penunjuk perasaan masih bertekad untuk meneruskan demonstrasi biarpun berdepan tindakan keras. Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa kerajaan pimpinan Hasina untuk melindungi pelajar dari keganasan.

Total
0
Shares
Related Posts