Kahwin campur tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Walau bertutur dalam bahasa yang berlainan, ianya bukanlah penghalang bagi individu untuk berkahwin.
Menurut laporan The Sun, Pengantin lelaki yang dikenali sebagai Luke ini berasal dari britain dan pasangannya Vira pula berasal dari Ukraine menggunakan Google Translate untuk berkomunikasi.
Kami menggunakan Google Translate untuk berkomunikasi kerana isteri saya tidak tahu bahasa Inggeris. Saya amat menyukainya, dan bagi saya bahasa bukanlah penghalang,
Luke Dickinson, 28, dan Vira Klimova, 37, berkenalan menerusi grup di kumpulan Facebook ditubuhkan untuk membantu mereka yang melarikan diri dari peperangan di Rusia. Pertemuan secara maya menerusi kumpulan sokongan sosial itu tidak disangka-sangka membibitkan rasa cinta.
Baca Juga: Wanita Jepun Ditipu RM141,553 Oleh Kekasih Angkasawan?
Pasangan itu berharap untuk berbulan madu di Poland di mana Klimova berharap Dickinson dapat bertemu dengan keluarganya di sana.