Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

Negara digemparkan dengan berita menyayat hati tentang pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, berusia 25 tahun.

Nur Farah Kartini, anak jati Miri, Sarawak, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu, hanya beberapa hari sebelum mayatnya ditemui.

Kali terakhir dia dilihat, dia memakai pakaian korporat dan dipercayai hilang selepas memulangkan kereta sewa.

Pada petang Isnin (15 Julai) Mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Suspek utama adalah seorang Pegawai Polis

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mendedahkan suspek dalam kes pembunuhan tersebut adalah seorang “penjawat awam“.

Siasatan kemudian bertukar dengan pendedahan bahawa suspek dalam tahanan adalah anggota pasukan polis.

Suspek berusia 26 tahun merupakan lans koperal yang ditempatkan di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lima tahun.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Keputusan bedah siasat ‘Pending Laboratory Investigation’

Bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) diputuskan Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan itu dibuat selepas proses bedah siasat dijalankan Pakar Patologi Forensik HSB.

Punca kematian mangsa belum dapat dipastikan sehingga polis menerima laporan analisa makmal.

Total
0
Shares
Related Posts