Seorang wartawan Iran telah membidas sifat ‘hipokrit’ media Barat mengenai isu Piala Dunia Qatar dengan mengajukan soalan kepada jurulatih pasukan kebangsaan England, Gareth Southgate.
Menurut laporan, wartawan itu mengetengahkan soalan bahawa UK telah “membunuh orang yang tidak bersalah di Afghanistan dan Iraq” dalam satu sidang akhbar bersama Southgate menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan B England menentang Iran.
Tindakan itu berlaku selepas seorang wartawan dari Barat bertanya kepada jurulatih Iran Carlos Queiroz sama ada dia “okay mewakili negara seperti Iran yang menindas hak wanita”.
Baca Juga: Pemain Arab Saudi Dapat Hadiah Dari Putera Mahkota Arab Saudi?
Kami juga boleh bertanya, seperti yang dilakukan oleh wartawan Inggeris kepada Queiroz, mengapa anda ketua jurulatih sebuah negara yang membunuh orang yang tidak bersalah di Afghanistan dan Iraq.
Wartawan Iran
Menjawab persoalan berkenaan, Gareth mengatakan bahawa dia memahami ‘kekecewaan mengenai soalan tersebut’ kerana situasi itu ‘sukar’ baginya.
Saya telah banyak ditanya soalan politik oleh media kami mengenai banyak perkara selama enam tahun, jadi kami berada dalam situasi yang sama… saya faham… saya bertanggungjawab untuk menjawab beberapa soalan itu
Gareth Southgate
Pada isnin lalu, England telah menewaskan Iran 6-2 pada Isnin lalu, Gareth menyatakan bahawa pasukan Inggeris ‘sangat menghormati’ Iran dan mengetahui kualiti bakat mereka.
Sumber: Arabnews