Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pemain Arab Saudi Dapat Hadiah Dari Putera Mahkota Arab Saudi?

Setiap pemain Arab Saudi dilaporkan akan menerima hadiah lumayan daripada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Al Saud setelah pasukan itu mencipta sejarah tersendiri mengejutkan dengan kemenangan menentang Argentina 2-1 di Piala Dunia 2022.

Skuad Green Falcon yang ketinggalan menerusi penalti Lionel Messi bangkit mencipta kemenangan bersejarah di Piala Dunia dan kini menduduki tangga teratas Kumpulan C dengan tiga mata.

Setiap pemain Arab Saudi akan menerima Rolls Royce?

Arab Saudi
Sumber: Rolls Royce

Media melaporkan, Putera Mahkota Arab Saudi menghadiahkan sebuah kereta jenama Rolls Royce Phantom kepada setiap pemain sebagai ganjaran atas kemenangan mereka melawan Argentina.

Baca Juga: CEO Tesla Elon Musk Ingin Beli Manchester United

Rolls Royce yang terkenal sebagai kenderaan para jutawan itu berharga $460 Ribu atau sekitar RM2 Juta.

Putera Mahkota Arab Saudi juga mengisytiharkan cuti umum di Arab Saudi pada hari Rabu sebagai tanda kemenangan Arab Saudi.

Terdahulu, Arab Saudi telah menamatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah yang dimiliki oleh Argentina dibawah skuad kendalian Hervé Renard.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts