Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Risiko Kemelesetan Ekonomi Global Semakin Meningkat

Bank Dunia memberi amaran bahawa risiko kemelesetan ekonomi global semakin meningkat ketika banyak bank pusat berusaha menurunkan kenaikan kadar inflasi.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Bank Dunia, Inflasi dilaporkan meningkat pada kadar pantas dalam tempoh beberapa dekad berikutan kekurangan bekalan ketika permintaan tinggi oleh negara-negara yang giat memulihkan ekonomi masing-masing selepas pandemik Covid-19 melanda.

Banyak negara dikatakan tidak dapat mengelak kemelesetan ekonomi kerana dasar monetari yang terlalu ‘ketat’. Justeru, boleh menimbulkan tekanan kewangan ketara dan mencetuskan kemelesetan global pada 2023.

Pertumbuhan global bergerak pada kadar yang sangat perlahan, menunjukkan lebih banyak negara akan berdepan kemelesetan ekonomi

Baca juga: Imej Satelit Dedah Lebih 1/3 Kawasan Di Pakistan Tenggelam

Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah, trend ini akan berterusan dengan kesan jangka panjang dan akan menjejaskan banyak pihak

Presiden Bank Dunia, David Malpass

Sehubungan itu, beliau mencadangkan bahawa bank pusat boleh memerangi inflasi tanpa menyentuh kemelesetan global dengan menyampaikan keputusan dasar mereka, manakala penggubal dasar harus meletakkan rancangan fiskal jangka sederhana dan terus memberikan bantuan yang disasarkan kepada isi rumah yang terjejas.

Total
0
Shares
Related Posts