Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Imej Satelit Dedah Lebih 1/3 Kawasan Di Pakistan Tenggelam

Pakistan

Walaupun sebahagian besar Eropah berada dalam amaran kemarau, Pakistan telah dibanjiri dengan hujan monsun lebat yang dikatakan sepuluh kali lebih lebat daripada biasa sejak pertengahan Jun.

Bencana tersebut juga dipercayai berpunca dari gelombang panas yang berlaku pada bulan Mei lalu, yang menyebabkan pencairan berlaku di pegunungan glasier menyebabkan tanah lembab dan banjir.

Baca juga: Sungai Di Dunia Surut, Dedah Peninggalan Sejarah

Perubahan iklim itu telah menyebabkan lebih satu pertiga negara itu tenggelam. Perkara ini telah mendapat perhatian dunia untuk membincangkan kesan ketara perubahan iklim.

Imej Satelit Pakistan tenggelam

Selama, European Space Agency (ESA) telah mengeluarkan imej satelit baharu yang memperlihatkan gambaran negara tersebut yang telah dipenuhi air pada Khamis, 1 September.

Sumber; Esa.int

Imej baharu tersebut yang diambil dari satelit Copernicus Sentinel-1 mendedahkan secara terperinci kemusnahan yang berlaku pada Pakistan. Menerusi gambar itu Sungai Indus dilihat melimpah melepasi bahagian tebing. 

Photo by Prabhav Kashyap Godavarthy on Unsplash

Dikatakan, Sungai Indus melimpah jauh melebihi tebingnya, mewujudkan tasik sepanjang 60 batu (100 kilometer) dan lebarnya lebih 6 batu (10 km). Kawasan berkenaan merupakan kawasan tanah yang luas, sepanjang sempadan dengan Afghanistan, kini berada di bawah air, yang mengalir menuruni banjaran gunung Himalaya dan Karakoram. 

Banjir terburuk dalam sejarah

Bencana banjir ini telah meragut lebih 1100 nyawa dan lebih 33 juta rakyat Pakistan terkesan akibat banjir tersebut. Rumah, tanah pertanian dan infrastruktur telah hanyut dan tenggelam. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, menyifatkan banjir itu sebagai yang terburuk dalam sejarah negara itu dan berkata ia akan menelan belanja sekurang-kurangnya $10 bilion untuk membaiki infrastruktur yang rosak.

Kini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pakistan mengeluarkan rayuan untuk pembiayaan kecemasan $160 juta untuk membantu berjuta-juta yang terjejas akibat banjir sejak pertengahan Jun.

Sumber: Space.com

Total
0
Shares
Related Posts