Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pelagak Ngeri Perancis Maut Jatuh Dari Tingkat 68

Seorang pelagak ngeri Perancis menemui ajal apabila terjatuh dari aras 68 sebuah bangunan pencakar langit, ketika sedang mengambil gambar di Hong Kong.

Mangsa, Remi Lucidi, 30, atau lebih dikenali di media sosial sebagai Remi Enigma, dipercayai terperangkap di luar unit paling tinggi (penthouse) di kompleks Menara Trengunter sebelum tragedi berlaku pada jam kira-kira 7.30 petang itu.

Beliau kemudiannya panik dan bertindak mengetuk tingkap, mengejutkan seorang pembantu rumah di kediaman, namun mangsa tergelincir jatuh menara pencakar langit itu sebelum sempat dibantu.

Ada cubaan menahan mangsa daripada memanjat ke aras 68

Pihak berkuasa Hong Kong mendakwa seorang pengawal keselamatan di bangunan itu cuba menahan Lucidi selepas mengetahui alasan mangsa untuk masuk ke dalam bagi melawat rakannya di aras 40, adalah tidak benar.

Peminat sukan lasak itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri dengan naik ke atas bangunan itu.

“Pegawai keselamatan cuba menangkap Lucidi berdasarkan rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan lelaki itu berada di tingkat 49 dan seterusnya menaiki tangga ke atas bangunan.

Baca Juga: Kenapa Filem Barbie Haram Ditayang Di Vietnam?

“Mereka yang mengejar jurugambar itu kemudian menemui pintu masuk menuju ke bahagian bumbung, tetapi gagal menemui mangsa,” menurut laporan itu.

Sehingga kini, punca kematian rasmi mangsa masih belum didedahkan.

Sumber: Daily Mail

Total
0
Shares
Related Posts