Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Karier Pelakon ‘Squid Game’ Hancur Akibat Pegang Wanita Secara Tidak Senonoh?

Pelakon ‘Squid Game’ Oh Young Soo telah ditahan atas tuduhan salah laku seksual.

Menurut laporan Soompi, seorang wanita tampil membuat laporan polis terhadap pelakon berusia 78 tahun itu kerana telah memegangnya dengan cara tak senonoh pada tahun 2017 lalu.

Pejabat Pendakwa Daerah Suwon cawangan Seongnam melaporkan Oh Young Soo didakwa atas tuduhan melakukan serangan tidak senonoh. Oh Young Soo dituduh menyentuh badan wanita secara tidak senonoh pada pertengahan 2017.

Malah, polis menerima aduan daripada mangsa pada Disember 2021 dan siasatan lanjut diteruskan sehingga Februari 2022. Namun, pihak polis mengatakan kes tersebut tidak perlu diteruskan pada bulan April setelah meneliti keterangan saksi serta semakan pendapat peguam.

Saya hanya memegang tangannya untuk membimbing jalan mengelilingi tasik.

squid game
Sumber: Netflix

Pemenang Anugerah Golden Globe sekeras-kerasnya menafikan telah melakukan perbuatan tersebut. Menurut Oh Young Soo, dia hanya memegang tangan wanita tersebut untuk membimbingnya jalan kelilingi tasik.

Saya hanya memegang tangannya untuk membimbing jalan mengelilingi tasik.

Oh Young Soo

Baca Juga: Dr Fukushi Masaichi Penyimpan Kulit Manusia Bertatu Penuh

Saya memohon maaf kepada wanita itu memandangkan dia berkata tidak akan membuat kekecohan mengenainya. Tetapi, itu tidak bermakna saya mengakui pertuduhan.

Oh Young Soo

Namun disebabkan perkara itu segala iklan yang menampilkan pelakon ‘Squid Game’ itu dihentikan sehingga kes itu selesai.

Sumber: Soompi

Total
0
Shares
Related Posts