Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

MH17: Tiga Didapati Bersalah Di Penjara Seumur Hidup

Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Mereka ialah dua warga Rusia iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko.

Hakim Hendrik Steenhuis membuka perbicaraan pada hari Khamis dengan berkata mahkamah mengambil pandangan bahawa “MH17 telah dibawa jatuh oleh peluru berpandu BUK (buatan rusia).”

Menurut laporan CBS, Mahkamah mengisytiharkan bahawa Girkin, Dubinskiy dan Kharchenko perlu membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa sebanyak €60 juta.

Baca Juga: Adakah Nasib Mangsa MH17 Terbela Khamis Ini?

Pada 17 Julai 2014, penerbangan MH17 sedang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam apabila peluru berpandu itu meletup berhampiran kokpit ketika pesawat itu berada di atas Ukraine.

Terdapat 298 orang di atas kapal, termasuk kru penerbangan dan kanak-kanak. 43 adalah warga Malaysia, termasuk kesemua 15 anak kapal. Majoriti penumpang adalah warga Belanda.

Total
0
Shares
Related Posts