Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Adakah Nasib Mangsa MH17 Terbela Khamis Ini?

Hakim Mahkamah Belanda dijangka memberikan keputusan muktamad, menamatkan penantian berhubung perbicaraan empat lelaki yang dituduh menjatuhkan pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 2014.

Empat defendan didakwa itu terdiri daripada warga Rusia Igor Girkin, Sergei Dubinsky, Oleg Pulatov dan warga Ukraine Leonid

Keempat-empat lelaki itu dituduh membunuh, dengan pertuduhan di bawah artikel 168 Kanun Jenayah Belanda yang menjenayahkan kerosakan yang disengajakan dan menyalahi undang-undang ke atas pesawat.

Baca Juga: Rusia Ugut Tembak Satelit Komersial Amerika & Sekutu

Bagaimanapun, keempat-empat suspek itu masih ‘bebas’ dan enggan menghadiri perbicaraan selama dua setengah tahun di Belanda selepas siasatan antarabangsa dijalankan.

Terdahulu, MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang didakwa dibekalkan oleh Moscow di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014 sekali gus mengorbankan 298 nyawa penumpang termasuk kru dalam pesawat Boeing 777 yang melakukan perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

Total
0
Shares
Related Posts