Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kehadiran Kapal ‘Star Wars’ Di Perlis Menjadi Tanda Tanya

Kapal itu dikatakan menelan kos sebanyak $15 Juta
Kapal

Baru-baru ini, sebuah kapal layar mewah yang berbentuk ‘kapal Star Wars’ telah berlabuh di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis. Perkara itu telah menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat.

Menurut laporan Berita Harian, kapal layar itu dilihat memasuki sungai berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu, 13 Ogos lalu.

Kapal layar tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Langkawi ke kawasan itu untuk kerja-kerja pembaikan di limbungan kapal berhampiran.

Ahli lembaga Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim berkata, pihaknya dimaklumkan oleh nelayan dan penduduk di kawasan itu mengenai kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu, sambil menambah tiada aduan diterima daripada laluan berkenaan.

Kita juga difahamkan kapal layar mewah itu sebenarnya sedang berpindah ke dok Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd yang terletak di Kampung Tengah Kuala Perlis untuk kerja-kerja pembaikan

Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan pejabat marin di Perlis membenarkan kapal layar itu berlabuh di PME.

Baca juga: iPay88 Sah Digodam, Data Kad Pengguna Terjejas

Untuk makluman, kapal layar trimaran yang seperti kapal ‘Star Wars’ itu bernama Adastra. Kapal tersebut telah dibina oleh McConaghy Boats dengan kemudahannya di Zhuhai, China dan telah dilancarkan pada April 2012 di Pearl River dan menelan kos $15 juta (RM66 juta).

Kapal
Sumber: Robb Reports

Pemilik kapal layar tersebut adalah seorang jutawan iaitu Antony Marden. Walau bagaimanapun, Anto Marden telah menyenaraikan kapal tersebut untuk dijual pada 2019 dengan harga $10 juta, selepas berlayar selama tujuh tahun.

Sumber: Berita Harian, Robb reports

Total
0
Shares
Related Posts