Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Da’i Syed Dihukum Penjara 10 Tahun, Tiga Sebatan Kerana Merogol

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini (30 Ogos) menjatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed.

Hukuman itu diberikan susulan daripada kes merogol seorang wanita di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada lima tahun yang lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Hakim Norazlin Othman membuat keputusan tersebut selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Hukuman penjara yang diberikan berkuat kuasa bermula hari ini (30 Ogos).

Pada 10 April 2023 Da’i Syed lepas dan bebas dari tuduhan

Terdahulu pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie telah melepas dan membebaskan pendakwah selebriti berkenaan dari tuduhan terbabit tanpa memanggil Da’i Syed untuk membela diri.

Sebelum ini Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita yang ketika itu berusia 23 tahun berkenaan jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Pendakwah itu didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Susulan daripada kes tersebut, seramai 19 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada perbicaraan yang bermula pada April 2022.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Mei kemudiannya melepas dan membebaskan pendakwah berkenaan dari dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang pelajar sebuah kolej swasta.

Total
0
Shares
Related Posts