Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.
Insentif tambang percuma ini diperkenalkan sebagai OKU Smile, khusus untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU)
Pengaktifan dan permohonan baharu bermula pada 15 Januari dan boleh dilakukan di mana-mana kaunter LRT, MRT, monorel dan BRT Rapid KL yang terpilih.
Baca Juga: Warga Emas Singapura Halau Pemuda Balik Malaysia Kerana Kerusi MRT?
Pemohon hendaklah membawa kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pengesahan.
Untuk makluman, caj RM5 akan dikenakan untuk setiap kad baharu dan ia akan dimasukkan ke dalam kad anda sebagai kredit. Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya RM5 dalam kad untuk menggunakan pas OKU Smile.