Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Filem Mat Kilau Bakal Ditayangkan Di Netflix 16 September Ini

Mat Kilau

Berita gembira buat peminat filem tempatan kerana filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara rasminya bakal ditayangkan di Netflix pada 16 Mei September 2022

Tarikh itu dikatakan sesuai dengan tayangan filem itu memandangkan ia juga Hari Malaysia, hari menandakan penubuhan persekutuan Malaysia.

Untuk makluman, filem dibintangi oleh Dato’ Adi Putra, Beto Khusyairi, Fattah Amin dan juga Johan As’ari itu mengisahkan perjuangan tokoh pahlawan Mat Kilau yang menentang penjajah British untuk melindungi tanah air sehingga beliau dan rakan-rakannya diangkat sebagai simbolik kemerdekaan dan juga kebebasan untuk Tanah Melayu.

Baca juga: Marvel Thor: Love And Thunder Akan Ditayangkan Di Disney+

Sebelum ini, Abdul Rahman Mt Dali, pengarah urusan Studio Kembara, menafikan menjual filem itu kepada platform penstriman.

Menurut laporan Harian Metro, Netflix ingin membeli filem itu pada harga RM5.5 juta selama 10 tahun dan menawarkan tambahan RM2 juta untuk menayangkan filem itu di Netflix untuk tempoh yang singkat.

Total
0
Shares
Related Posts