Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Marvel Thor: Love And Thunder Akan Ditayangkan Di Disney+

Thor

Ramai peminat Marvel kecewa selepas Marvel’s Thor: Love and Thunder yangsepatutnya ditayangkan di pawagam Malaysia bulan lepas telah di banned oleh kerajaan Malaysia kerana mempunyai elemen LGBT.

Berita baik untuk peminat filem Marvel kerana Thor: Love And Thunder akan ditayang secara online melalui platform penstriman Disney+ Hotstar mulai 8 September 2022.

Thor

Korang jangan pura-pura terkejut. Sebelum ini filem-filem baharu Marvel seperti Shang-Chi, Black Widow, Eternals dan Doctor Strangers: Multiverse juga diletakkan dalam platform tersebut selepas beberapa bulan tayangan.

Bukan itu sahaja, banyak lagi konten menarik yang akan dikeluarkan oleh platform itu pada hari itu seperti Obi-Wan Kenobi: A Jedi’s Return, Welcome To The Club , The Zone: Survival Mission dan Tierra Incognita, serta Frozen 2.

Baca juga: 5 Filem Biopik Terbaik Yang Korang Mesti Tonton

Kalau korang tak pernah subscribe, korang boleh daftar akaun baharu Disney+ Hotstar yang berharga RM54.90 untuk 3 bulan kepada pelanggan pertama.

Untuk makluman, Thor bukanlah filem pertama yang di banned kerana mempunyai elemen LGBT. Malah, Filem Buzz Lightyear yang dijadualkan dibuka di Malaysia pada 16 Jun juga dibatalkan disebabkan tema LGBT. Bagaimanapun, filem itu turut dikeluarkan di Disney + Hotstar untuk pengguna Malaysia dengan rating 18+.

Total
0
Shares
Related Posts