Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kerajaan Tegas Dalam Mengekang Elemen LGBT Dalam Filem & Media Sosial

Kerajaan Akan Teruskan Usaha Mengekang Elemen LGBT & Adegan Tidak Senonoh.
Kerajaan

Kerajaan bersama institusi keagamaan akan tegas dalam usaha mengekang elemen atau adegan yang mempromosikan budaya tidak sesuai untuk tontonan umum.

Perkara ini termasuk elemen gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipromosikan melalui filem atau media sosial.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata kerajaan akan sentiasa memantau dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang mempromosikan elemen terbabit.

Kerajaan
Sumber: Zahidi Zainul Abidin

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan mengalami kesukaran untuk mengawal kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian Over-the-Top (OTT) yang berpangkalan di luar negara seperti Netflix.

Peruntukan perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) tidak meliputi skop tapisan kandungan (censorship) dan jelas dinyatakan dalam Seksyen 3(3) Akta 588.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin

Selain itu, perkhidmatan OTT seperti Netflix, Viu dan Amazon tidak seperti perkhidmatan penyiaran awam dan swasta dalam negara yang tertakluk pada rangka kerja pelesenan dan tapisan di bawah perundangan sedia ada.

Baca juga: Waktu Bekerja Dikurangkan Ke 45 Jam Mulai 1 September

Beliau menambah, penstriman kandungan di mana-mana platform adalah pilihan pengguna termasuklah langganan kepada perkhidmatan berkenaan. Maka pengguna digalakkan melakukan kawalan kendiri untuk meletakkan pin akses bagi setiap profil penonton isi rumah untuk memastikan individu di bawah umur tidak dapat mengakses kandungan tidak sesuai.

Kenyataan ini dimaklumkan oleh Zahidi bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Yahaya yang ingin tahu pendirian kementerian mengenai cadangan mengawal kandungan program disiarkan di platform penstriman seperti Netflix bagi mengelakkan budaya tidak sihat terus menular dalam masyarakat.

Sumber: Zahidi Zainul Abidin

Total
0
Shares
Related Posts