Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membatalkan Sambutan Ambang Hari Kebangsaan 2024 yang dijadualkan pada 30 Ogos di Dataran Merdeka.
Pembatalan itu susulan tragedi tanah jerlus Masjid India, di mana seorang wanita hilang, serta insiden lain baru-baru ini di sekitar Kuala Lumpur.
Dalam catatan yang dimuat naik di laman Facebooknya malam tadi, 28 Ogos, DBKL menggesa rakyat Malaysia “menghayati erti kemerdekaan sebenar dengan semangat patriotisme yang mendalam”.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang.
Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan untuk mencari mangsa yang hilang akibat tragedi tersebut.