Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tidak Perlu Tunggu 24 Jam Untuk Lapor Kes Orang Hilang

Orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Menurutnya, dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.

“Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.

“Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata,”.

Beliau berkata, sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis.

Katanya, ini sebagai langkah awal mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar masyarakat terus memainkan peranan membantu menyalur maklumat mengenai kes orang hilang.

Total
0
Shares
Related Posts