Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lelaki Ceroboh Koc Wanita Boleh Dikenakan denda

Seperti umum tahu, kewujudan koc wanita di stesen seperti MRT, LRT dan KTM adalah untuk memastikan keselesaan dan keselamatan kaum hawa.

Namun ada segelintir lelaki di Malaysia dilihat tidak cakna dengan dan sengaja menggunakan kemudahan yang diberikan kepada golongan wanita.

Malah, segelintir daripada mereka degil dan tidak mengendahkan peraturan itu hingga berlakunya salah faham.

Lelaki yang menggunakan koc wanita bakal dikenakan hukuman denda

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, mendedahkan kerajaan sedang merangka undang-undang termasuk hukuman denda buat lelaki yang gemar menggunakan koc wanita.

Ia berikutan terdapat insiden lelaki yang sengaja masuk dan menggunakan koc wanita yang disediakan di komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Transit Aliran Massa (MRT).

“Kami sedang merangka denda yang sewajarnya untuk lelaki yang tidak dengar (degil) ini,”.

Namun, Anthony menjelaskan setakat ini tiada sebarang peruntukan berhubung perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, pemantauan berkala menerusi polis bantuan akan dibuat bagi memastikan tiada pencerobohan dilakukan oleh kaum Adam di gerabak wanita.

Total
0
Shares
Related Posts