Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 50 peratus bermula 28 hingga 30 Oktober ini di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.
Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan oleh Keluarga Malaysia di Facebook, acara tersebut akan berlangsung daripada jam 9 pagi hingga 4 petang dan pembayaran saman hanya boleh dibuat di tempat yang sudah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, beberapa jenis kesalahan tidak ditawarkan pengurangan seperti saman kemalangan,
- Saman lampu isyarat merah,
- Saman menggunakan lorong kecemasan,
- Saman memotong secara bahaya,
- Saman memotong di garisan berkembar,
- Saman tidak boleh dikompaun (NC),
- Saman bicara mahkamah,
- Saman melibatkan m/lori
- Saman ubahsuai ekzos.
Orang ramai boleh mendaftar kehadiran awal melalui pautan https://bit.ly/JAKMPAHANG