Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tidak Kemas Kini PADU, Maklumat Asas Didaftar Secara Automatik

Rakyat Malaysia yang tidak mengemas kini data mereka di Hab Pangkalan Data Utama (PADU) akan didaftarkan secara automatik maklumat asas mereka.

Menurut Ketua Perangkawan Uzir Mahidin, sistem Padu mempunyai data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi. Data-data asas yang terkumpul mempunyai bilangan sebanyak kira-kira 30 juta.

Sementara itu, Uzir berkata, 1.69 juta rakyat di Selangor sudah mengemas kini data mereka dalam sistem tersebut.

“Negeri dengan jumlah tertinggi rakyat mengemas kini data mereka dalam Padu ialah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Mereka sudah mencapai ambang 50%.”

Walau bagaimanapun, sasaran kerajaan adalah untuk mencapai 50% pendaftaran di seluruh negara pada fasa pertama pendaftaran.

Terdahulu, Premier Sarawak, Abang Johari Openg dilaporkan berkata, Padu tidak patut mengumpul maklumat berlebihan yang tiada kaitan dengan status kewangan seseorang.

Total
0
Shares
Related Posts