Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Macam “Filem Catch Me If You Can” Penyamar Akhirnya Ditangkap Selepas 6 Tahun Diburu

Pasti ramai yang tahu filem Hollywood terkenal Catch Me If You Can lakonan Leonardo DiCaprio yang memaparkan hidup seorang penipu yang menyamar untuk mendapat keuntungan.

Perkara itu juga berlaku di Malaysia apabila seorang lelaki di Ipoh melakukan jenayah yang hampir sama dengan filem itu, iaitu menyamar dan memperdaya mangsa dengan memberikan tawaran pekerjaan.

Mohamad Faizul Baharudin dilaporkan pernah menyamar sebagai timbalan pendakwa raya, juruterbang, jurutera syarikat minyak dan gas serta pelbagai profesion lain untuk memperdaya mangsa.

Menurut laporan Berita Harian, dia berjaya ditahan polis Selasa lalu selepas dilaporkan menjadi buruan selama enam tahun lalu didakwa di hadapan Majistret Siti Nora Shariff, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukan hukuman penjara antara satu tahun hingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Bapa lima anak itu didakwa dengan curang menipu Latipah Ahmad Sudan dengan mendorong mangsa menyerah wang tunai RM24,000 untuk mendapat pekerjaan jurutebang yang tidak wujud.

Total
0
Shares
Related Posts