Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bunjut Kecil Di Kawasan Air Bertakung Bukan Sihir – Public Health Malaysia

Bunjut kecil seperti sup sering dikaitkan dengan sihir ataupun perkara khurafat.

Apa bila melihat sosial media atau video-video kita sering lihat bungkusan bunjut yang ditanam di dalam tanah atau disorokkan di sekeliling rumah untuk tujuan sihir.

Walau bagaimanapun, jangan terkejut jika anda terlihat beberapa bunjut-bunjut kecil ini di kawasan bertakung.

Bunjut Kecil Mengandungi Racun Abate Bagi Membunuh Jentik-Jentik

Menurut Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di akaun Facebook, bunjut-bunjut kecil yang diletakkan di kawasan bertakung seperti tangki septik atau longkang sebenarnya mengandungi racun abate.

Bunjut racun abate itu direka khas bagi membebaskan racun secara perlahan (slow release) ke dalam air.

Tujuan ia diletakkan di kawasan yang bertakung dengan air adalah bagi mengawal pembiakan nyamuk, lebih-lebih lagi semasa musim nyamuk Aedes.

Sumber: Facebook

PHM menerangkan bahawa racun tersebut akan larut sedikit demi sedikit. Pembebasan racun secara perlahan ini akan dapat memastikan nyamuk tidak dapat bertelur dan membiak di kawasan yang diletakkannya.

“Jika anda menemui bunjut seperti ini, ketahuilah ia adalah langkah kawalan vektor yang bertujuan menjaga kesihatan dan keselamatan kita semua,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts