Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sambutan Ambang Tahun Baru Dibatalkan Bagi Menghormati Mangsa Banjir

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa sambutan ambang Tahun Baru secara besar-besaran di Dataran Merdeka dibatalkan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra memutuskan pembatalan itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini tadi.

Baca Juga: Kerajaan Beri Bantuan Tunai Rakyat RM300 & RM100 Pada Januari 2023

Malah, sambutan itu dibatalkan untuk menghormati bencana banjir yang berlaku di Pantai Timur ketika ini.

Melihat keadaan banjir dan kesusahan rakyat, kerajaan memutuskan untuk membatalkan sambutan Tahun Baru secara besar-besaran di Dataran Merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Untuk makluman, Situa­si banjir di tiga negeri Pantai Timur semakin buruk apabila hampir 30,000 mangsa dipindahkan ke 332 pusat pemindahan sementara (PPS). Susulan itu, kerajaan telah menyegerakan bantuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara 

Total
0
Shares
Related Posts