Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pelajar Jual Peranti Siswa, Syed Saddiq Minta Pulangkan Semula

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang pelajar menjual semula gajet yang diperolehi menerusi program Peranti Siswa kerana mahu menaik taraf kepada iPad.

Tindakan tersebut telah mendapat perhatian Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

1/3 pelajar di Malaysia tak ada gajet.

Dalam sebuah hantaran, Syed Saddiq berharap agar pelajar tidak menjual Peranti Siswa yang diberikan kepada mereka secara percuma.

Menurutnya, satu pertiga pelajar di Malaysia tidak mempunyai gajet dan hampir separuh pelajar di Sabah dan Sarawak tidak memiliki peralatan tersebut.

Malah, beliau juga menyarankan pelajar yang tidak memerlukan peralatan tersebut untuk memulangkannya supaya boleh diberikan kepada pelajar lain.

Baca juga: Tidak Perlu Pulangkan Peranti Siswa, Pelajar Boleh Mohon Hingga 30 September

Untuk makluman, sebanyak 400,000 mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang layak menerima peranti Siswa.

Total
0
Shares
Related Posts