Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gunung Berapi Mayon Meletus, Ribuan Penduduk Terjejas

Ribuan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Berapi Mayon di Filipina berpindah ke pusat pemindahan sementara ketika gunung itu meletus dengan memuntahkan debu.

Mereka terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat untuk beberapa bulan seterusnya kerana kesan letusan dijangka akan berlarutan dalam tempoh yang lama.

Difahamkan, tahap aktif gunung berapi Mayon diklasifikasikan di tahap peringatan ketiga.

Baca Juga: Gunung Semeru Muntah Debu Panas Sepanjang 7 Kilometer?

Kerajaan Filipina juga menjangkakan satu lagi letupan dahsyat bakal berlaku dalam beberapa minggu mendatang.

Dalam pada itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr mengarahkan bantuan kecemasan dan perlindungan disalurkan kepada penduduk terjejas.

Gunung berapi setinggi 2,462 meter (bersamaan 8,077 kaki) ini adalah salah satu pusat pelancongan terkenal di Filipina namun merupakan gunung berapi paling aktif di antara 24 gunung berapi yang diketahui di negara tersebut.

Gunung ini terakhir meletus pada tahun 2018, mengakibatkan puluhan ribu individu terjejas.

Sumber: AstroAwani

Total
0
Shares
Related Posts