Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Elak Makan Kerang-Kerangan Ketika Air Pasang Merah

Jabatan Perikanan Labuan menasihati penduduk di pulau Labuan supaya mengelak daripada memakan kerang-kerangan dari tanah besar Sabah, berkuat kuasa serta-merta.

Langkah itu susulan pengesanan fenomena air pasang merah berhampiran perairan Sepanggar.

Pengarahnya Faizal Ibrahim Suhaili berkata, keracunan kerang-kerangan paralitik adalah sindrom yang boleh dialami sesiapa sahaja jika mereka makan makanan laut yang tercemar disebabkan fenomena air pasang.

Air pasang merah boleh bertahan selama beberapa hari, minggu, atau bulan dan boleh berubah setiap hari disebabkan keadaan angin dan arus air… angin darat biasanya membawanya berhampiran pantai dan angin luar pesisir meniupkannya ke laut.

Baca Juga: Budak Lelaki Warga Perancis Maut Di Sengat Ubur-ubur

“Jangan makan moluska (kerang atau tiram) yang hasil daripada fenomena air pasang merah, kerana ia mengandungi toksin yang menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Untuk makluman, air pasang merah dinamakan selepas warna kemerahan yang dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton tercemar.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts