Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kerajaan Bersetuju Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori

hukuman mati

Kerajaan telah bersetuju menggantikan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan termasuk satu kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

Persetujuan secara dasar itu membabitkan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati, tetapi dengan budi bicara mahkamah serta moratorium pelaksanaan hukuman mati bagi 1,337 orang banduan.

Satu memorandum berkenaan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk dipertimbang serta diluluskan sebelum pindaan undang-undang terlibat dibentangkan.

Baca juga: Tekup Muka Kekasih Hingga Maut, Remaja 19 Tahun Ditahan

Bacaan pertama akan diadakan dalam sidang Dewan Rakyat pada 4 Oktober serta bacaan kedua pada sidang yang bakal berlangsung pada 22 November nanti.

Berapa negara yang telah memansuhkan hukuman mati?

Menurut Amnesty International, sejumlah 144 negara yang telah memansuhkan hukuman mati atau mengumumkan moratorium terhadap hukuman itu, sementara 55 negara lagi masih mengekalkannya.

Malaysia dalam 55 negara yang masih melaksanakannya, bersama-sama Singapura, Jordan, China dan Mesir.

Di kalangan 11 negara di Asia Tenggara pula, enam sudah memansuhkannya atau menangguhkan hukuman, iaitu Kemboja, Filipina, Laos, Brunei, Timor Leste dan Myanmar.

Lima negara yang masih mempunyai hukuman gantung adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Kalau hukuman mati dimansuhkan, apa alternatif lain untuk hukum penjenayah?

Penjenayah yang disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Kebanyakan negara yang memansuhkan hukuman mati telah melakukan hukuman penjara seumur hidup sebagai alternatif untuk hukuman tersebut.

Jika hukuman mati dimansuhkan kadar jenayah akan naik


Tiada bukti kukuh yang mengatakan bahawa pemansuhan hukuman mati menaikkan kadar jenayah. Ini kerana apabila penjenayah melakukan jenayah, mereka tidak lagi memikirkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan potensi mereka dari dikenakan hukuman.

Sumber: Amnesty International, Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts