Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tekup Muka Kekasih Hingga Maut, Remaja 19 Tahun Ditahan

Remaja

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan selepas membunuh kekasihnya, 24 tahun dengan menekup muka menggunakan bantal gara-gara berang terhadap mangsa yang memutuskan hubungan mereka. Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah rumah di Kampung Pandan, Klang.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan rakan suspek.

Remaja
Gambar sekadar hiasan

pihak polis kemudian ke lokasi tempat kejadian dan menemui mangsa iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik rumah berkenaan.

Pihak polis telah sampai di lokasi kejadian di sebuah rumah jenis lot di kawasan Kampung Pandan, Klang. Mangsa telah dijumpai dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong

Suspek berusia 19 tahun telah ditangkap di tepi jalan berdekatan dengan tempat kejadian, ketika beliau mahu melarikan diri.

Baca juga: Lelaki Beri Bayi ‘Vape’ Ditahan Polis

Cha turut berkata pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian telah mengesahkan mangsa meninggal dunia ditempat kejadian.

Hasil pemeriksaan mendapati tubuh badan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak ambulans mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts