Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Tiga Mangsa Cedera Terjatuh Dari ‘Sotong Ride’ Di Puncak Alam

‘Malang tidak berbau’ pengalaman yang menyeronokkan bertukar menjadi tragedi selepas tiga orang mangsa melibatkan dua orang wanita dan seorang kanak-kanak terjatuh dari sebuah permainan di Taman Tema Bandar Puncak Alam, semalam.

Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa, pihak mereka telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam.

Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai ‘Sotong Ride’ ketika ia sedang bergerak. Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa

Susulan itu, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 iaitu beroperasi tanpa lesen.

Baca Juga: Ibu Buang Kuda Mainan Selepas Anak Sering Diganggu Makhluk Mistik?

Kejadian sempat dirakam oleh Netizen

Rakaman ketika kejadian terjatuh itu berlaku sempat dirakam dan dimuat oleh netizen

Dalam video berdurasi 0:45 saat, kelihatan permainan itu bergerak dengan lancar pada awalnya sebelum bertindak sebaliknya. Malah, orang awam yang berada di kawasan taman tema menjerit ketakutan selepas melihat kejadian tersebut.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts