Semalam, penyanyi rap Caprice cuba untuk mendedahkan sisi gelap seorang individu membabitkan topik pendidikan negara.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian posting berkenaan yang dimuat naik di Insta Story itu telah pun dipadamkan.
Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sehingga ada yang mengaitkan dengan Cikgu Fadli.
Cikgu Fadli tampil beri penjelasan
Walau bagaimanapun, baru-baru ini cikgu Mohd Fadli Salleh tampil memberi penjelasan menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
Menurut cikgu Fadli, dia mengakui kesilapan terhadap hantaran yang dibuatnya sekitar tahun 2018 yang lalu sehingga disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
Cikgu Fadli juga mengakui segala kesilapannya serta dia telah pun menerima hukuman di atas apa yang dilakukannya sebelum ini, Cikgu Fadli meminta agar semua pihak kembali kepada isu yang cuba diperjuangkannya iaitu mengenai silibus pendidikan.
Sementara itu, Cikgu Fadli berkata dia tidak kisah jika ada yang mahu terus menggali kesilapannya sebelum ini.
Difahamkan, isu berselisihan faham ini sudah selesai selepas kedua-dua pihak membuat permohonan maaf secara terbuka dia media sosial.