Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Seorang Lelaki Tersekat Di Pucuk Sawit Selepas Dikejar Babi

Baik punya comeback
babi hutan

“Sudah terhantuk, baru bergadah” – itulah perkara yang terjadi kepada individu yang sengaja mengejar babi hutan di ladang sawit dan akibatnya individu tersebut tersangkut di pokok.

Dalam video yang tular di Tiktok @farhan_hanz96, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motosikal sambil merakam seekor babi hutan di ladang kelapa sawit.

Ketika menghampiri haiwan tersebut terus menyerang lelaki tersebut. Adegan seterusnya menunjukkan lelaki itu duduk di atas pucuk kelapa sawit ketika babi hutan itu sedang menghidu motosikalnya.

Babi
Sumber: TikTok

Baca juga: Buat Video Makan Jerung, Vlogger China Disiasat Pihak Berkuasa

Dalam video yang lain individu tersebut telah membuat ‘comeback‘ dengan mengejar babi hutan yang berada di dalam ladang kelapa sawit untuk membalas dendam terhadap perkara yang berlaku sebelum ini.

Menjengah diruangan komen, ramai yang terhibur dengan perkara yang berlaku terhadap individu tersebut

Lepas tengok video ini, korang jangan terpengaruh pula nak kejar babi nanti tak pasal-pasal cedera kena sondol. Tapi agaknya dalam kes ni siapa yang salah? Ku tak tahu..

Total
0
Shares
Related Posts