Seorang Vlogger China, yang dikenali dalam talian sebagai Tizi, memuat naik video dirinya sedang menikmati daging jerung yang dibakar, yang dipercayai dibeli secara haram.
Selebriti internet yang dikenali dengan alias Tizi itu telah memuat naik video berdurasi lima menunjukkan dirinya membeli, menyediakan dan memasak jerung putih itu sebelum memakannya bersama keluarga. Jerung putih itu dikatakan mempunyai berat sekitar 50 kilogram, lebih kurang sama saiz dan beratnya dengan vlogger.
Namun, Video itu telah dialih keluar dua hari selepas dia menyiarkannya di platform video pendek Douyin dan Kuaishou berikutan tindak balas tersebut.
Walau bagaimanapun, Tizi berkata bahawa dirinya membeli jerung itu melalui “saluran yang sah” dan jerung yang dibelinya telah dibesarkan oleh penduduk setempat untuk dimakan.
Selain itu, Polis di Nanchong, bandar di wilayah Sichuan di mana vlogger itu tinggal, mula menyiasat kemungkinan pelanggaran undang-undang perlindungan hidupan liar pada hari yang sama. Butiran tentang hukuman belum didedahkan lagi.
Untuk makluman anda, Jerung putih telah disenaraikan sebagai species yang terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi.
Di China, jerung putih telah diberi perlindungan kelas kedua dan jenayah membeli secara haram produk hidupan liar yang jarang ditemui dan terancam, boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun atau denda.
Sumber: Dailymail UK