Saintis temui Koridor tersembunyi sepanjang sembilan meter berhampiran pintu masuk utama Piramid Giza yang berusia 4,500 tahun.
Koridor itu ditemui susulan pelaksanaan projek Imbasan Piramid dengan menggunakan teknologi bukan invasif termasuk termografi inframerah, simulasi 3D dan endoskop untuk meninjau bahagian dalam struktur itu.
Menurut laporan, koridor belum siap itu mungkin dibina bagi mengimbangkan berat piramid, sama ada di pintu masuk utama, terletak hampir tujuh meter jauhnya, atau ruangan lain yang belum ditemui.
Malah, lima bilik di atas ruang pemakaman raja di bahagian lain piramid juga dianggap dibina bagi mengimbangkan berat struktur itu, selain ada kemungkinan firaun memiliki lebih daripada satu ruang pengebumian.
Baca Juga: Bumi Makkah Menghijau, Petanda Kiamat?
Untuk makluman, Piramid Gaza dibina sebagai makam monumental sekitar 2560 sebelum Masihi, ketika pemerintahan Firaun Khufu atau Cheops, pada ketinggian 146 meter dengan ia adalah struktur tertinggi dibangunkan manusia sebelum pembinaan Menara Eiffel di Paris pada 1889.
Sumber: reuters