Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Jasad ‘Alien’ Dibawa Ke Parlimen Mexico?

Baru-baru ini sesi kongres parlimen Mexico telah mempamerkan jasad alien kepunyaan wartawan yang bernama Jaime Maussan.

Menurut Jaime Maussan bahawa ini adalah kali pertama jasad itu dipamerkan pada umum untuk membuktikan kewujudan makhluk tersebut.

Saya fikir terdapat bukti jelas bahawa kita sedang berhadapan dengan spesimen bukan manusia yang tiada kaitan dengan mana-mana spesies lain di dunia dan semua kemungkinan terbuka untuk mana-mana institusi saintifik untuk menyiasatnya.

Jaime Maussan

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang awam tidak mempercayai perkara itu.

Ini kerana gambaran mayat mumia kecil sama seperti bagaimana Hollywood menceritakan tentang makhluk asing.

Baca Juga: Cacing Parasit Sepanjang 8 CM Hidup Dalam Otak

Malah, sebelum ini Maussan pernah melaporkan mayat makhluk asing yang dikatakan ditemui di Peru pada 2015 yang kemudiannya disangkal sebagai mayat mumia seorang budak.

Bagaimana kewujudan tentang alien tersebar?

Kewujudan makhluk asing ‘mengunjungi’ Bumi atau lebih dikenali dengan fenomena UFO adalah satu perkara yang tidak dapat dibongkarkan oleh saintis.

Salah satu insiden awal dan disebut sebagai penampakan makhluk asing “pertama” adalah kejadian UFO Roswell pada tahun 1947 di Roswell, New Mexico.

Pada masa itu, Seorang penternak dilaporkan menjumpai serpihan objek yang pelik diladangnya. Perkara itu mencetuskan spekulasi tentang kapal angkasa alien yang terhempas.

Tentera A.S. pada mulanya mengumumkan bahawa serpihan itu adalah “UFO,” tetapi kemudian menjelaskan bahawa serpihan itu adalah belon cuaca.

Sejak daripada kejadian itu ramai individu yang mendakwa pernah mengalami penampakan dan pertemuan sedemikian.

Sumber: ABCNews, Smithsonianmag

Total
0
Shares
Related Posts