Untuk pertama kali di dunia, seekor cacing parasit berukuran 8cm ditemukan hidup di dalam otak seorang perempuan di Australia.
Menurut laporan, pakar bedah, Hari Priya Bandi berkata ketika dia sedang melakukan rutin pembedahan biasa sebelum mendapati terdapat seekor cacing parasit yang masih hidup.
“Ia pasti bukan seperti yang kami jangkakan. Semua orang terkejut,”
Pakar Bedah Dr Hari Priya Bandi.
Wanita berusia 64 tahun itu telah berbulan-bulan mengalami gejala seperti sakit perut, batuk, dan berpeluh malam, yang berkembang menjadi pelupa dan kemurungan.
Dia dimasukkan ke hospital pada akhir Januari 2021, dan imbasan kemudian mendedahkan “luka atipikal dalam lobus hadapan kanan otak”.
Baca Juga: Saintis Rancang Guna Payung Gergasi Untuk Lindung Bumi?
Bagaimanapun, punca keadaannya hanya didedahkan oleh pisau Dr Bandi semasa biopsi pada Jun 2022.
Kes ini dipercayai sebagai contoh pertama pencerobohan dan perkembangan larva dalam otak manusia, kata penyelidik dalam jurnal Emerging Infectious Diseases yang melaporkan kes itu.
Sumber: BBC