Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Saintis Rancang Guna Payung Gergasi Untuk Lindung Bumi?

Seorang saintis merancang untuk menggunakan payung gergasi yang diikat pada asteroid menyelamatkan planet daripada pemanasan global.

Menurut Dr Istvan Szapudi, sebab utama karbon dioksida dan gas rumah hijau lain menyumbang kepada pemanasan global adalah kerana ia memerangkap cahaya matahari di sekeliling planet kita yang sepatutnya dilepaskan semula ke angkasa, akhirnya membawa kepada peningkatan suhu.

Untuk membantu memerangi kesan pemanasan global, saintis mempermainkan idea inovatif untuk melindungi planet kita daripada matahari dengan sejenis “payung” bawaan angkasa.

Cara ini akan menolak sinar matahari dari sampai ke Bumi, sekaligus dapat menurunkan suhu dan mengurangkan kesan perubahan iklim.

Dalam kajian yang diterbitkan di Proceedings of the National Academy of Sciences, beliau menyatakan bahawa tindakan ini boleh mengurangkan jumlah tenaga solar yang mencapai bumi sebanyak 1.7%.

“Anda tidak akan melihat perubahan apa-apa di Bumi kecuali gelombang haba menjadi berkurangan.

Dr Istvan Szapudi

Baca Juga: Nicolas Cage Percaya Dirinya Seorang Alien?

“Jelas ini akan memerlukan kos yang tinggi. Ini hanyalah cadangan atas kertas saintifik. Ini hanya permulaan,”.

Dr Istvan Szapudi

Walaupun Idea ini mendapat sokongan oleh pakar lain, ia amat sukar untuk melaksanakan idea tersebut.

Sumber: Space.com

Total
0
Shares
Related Posts