Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rakyat Jepun Dapat RM33K Pindah Keluar Tokyo?

Seperti kita tahu bandar Metropolitan Tokyo di Jepun sememangnya padat dengan penduduk.

Baru-baru ini, kerajaan Jepun bakal menawarkan wang insentif sebanyak 1 juta yen (RM33,728) bagi setiap keluarga yang berpindah keluar dari Tokyo sebagai usaha  memulihkan bilangan populasi di wilayah-wilayah lain di negara itu

Langkah itu sebahagian daripada usaha rasmi kerajaan untuk memberi ‘nafas baharu’ kepada bandar-bandar dan kampung-kampung yang mempunyai kekurangan bilangan penduduk.

Baca Juga: Shakira Amal Ilmu Sihir Sebab Patung Sihir Di Balkoni Rumah?

Selepas pandemik Covid-19, para penggubal dasar percaya bahawa lebih banyak perlu dilakukan untuk mengurangkan kepadatan penduduk di kota metropolitan itu.

Susulan itu, kerajaan Jepun menyasarkan 10,000 orang bakal berpindah keluar dari Tokyo ke kawasan-kawasan pinggir bandar menjelang 2027.

Sehingga kini populasi di bandar metropolitan Tokyo mempunyai sebanyak 37,194,000 penduduk.

Sumber: theguardian

Total
0
Shares
Related Posts