Pelakon Marvel “Spider-Man” Tom Holland berkata dia meninggalkan media sosial untuk menjaga kesihatan mentalnya.
Holland, 26, membuat pengumuman itu kepada 68 juta pengikut Instagramnya pada Ahad lalu.
Dalam klip tiga minit yang dimuat naik di Instagram, Holland memaklumkan dia telah memadamkan Instagram dan Twitter daripada telefon pintarnya.
Saya mahu berehat dari media sosial demi kesihatan mental kerana saya mendapati Instagram dan Twitter mencelarukan minda.
Tom Holland
Holland turut menceritakan tentang kerja amal yang dilakukan Stem4, sebuah aplikasi badan amal kesihatan mental remaja yang berpangkalan di United Kingdom, yang menerima sokongan dan kerjasama The Brothers Trust.
Terdapat stigma yang buruk terhadap kesihatan mental, dan saya tahu bahawa meminta bantuan dan mendapatkan bantuan bukanlah sesuatu yang kita patut malu, tetapi ia adalah sesuatu yang lebih mudah diucapkan daripada dilakukan,
Holland juga mengakhiri video itu dengan ucapan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan mereka.
Sumber: Instagram