Selepas menjadi negara pertama mendaratkan kapal berhampiran kutub selatan bulan, Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) semalam berkata, mereka akan melancarkan satelit untuk meninjau matahari.
Aditya yang bermaksud ‘matahari’ dalam bahasa Hindi, akan dilepaskan ke orbit lingkaran cahaya di kawasan angkasa kira-kira 1.5 juta kilometer (km) dari bumi, yang akan memberikan sudut pandangan jelas berterusan kepada matahari.
Kapal angkasa itu akan membawa tujuh muatan untuk memerhati lapisan paling di luar matahari – dikenali sebagai ‘photosphere’ dan ‘chromosphere’ – termasuk dengan menggunakan pengesan medan elektromagnet dan zarah.
Menurut ISRO, objektif penerokaan itu adalah untuk mengkaji pemacu bagi cuaca angkasa, termasuk untuk lebih memahami dinamik angin suria.
Sumber: timesofindia