Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bekas Anggota Polis Thailand Bunuh 24 Kanak-Kanak Di Pusat Jagaan Harian

Tragedi ngeri pembunuhan beramai-ramai semalam di pusat jagaan kanak-kanak di Thailand telah mengemparkan dunia apabila sebanyak 37 orang terbunuh. Lebih menyayatkan hati 24 daripadanya adalah kanak-kanak.

Menurut laporan BBC, suspek, Panya Kamrab, sepatutnya berada di mahkamah pada hari Khamis atas tuduhan dadah penggunaan dan kemungkinan penjualan methamphetamine. Sebelum bekas polis berusia 34 tahun itu melakukan pembunuhan di pusat jagaan pada 12.30 tengah hari.

Suspek dituduh memiliki dadah “Kategori 1” dan telah digantung daripada bertugas sebagai polis pada Januari. Dia kemudiannya dipecat daripada pasukan polis pada Jun.

Pura-pura mencari anak tirinya di pusat jagaan sebelum melakukan pembunuhan

Menurut jurucakap polis Mej Jeneral Paisan Luesomboon, suspek dikatakan pergi ke pusat jagaan untuk mencari anak tirinya berusia 2 tahun. Bagaimanapun, guru besar Nanticha Panchum berkata bahawa budak lelaki itu sudah sebulan tidak hadir ke pusat jagaan tersebut.

Tanpa berkata apa-apa, Panya kemudian masuk ke dalam bilik di mana 24 kanak-kanak sedang tidur dan membunuh semua menggunakan pisau.

Menurut seorang mangsa, suspek dikatakan melepaskan tembakan ketika dua guru pusat jagaan itu sedang makan tengah hari.

Saya terdengar bunyi seperti tembakan. Jadi saya menoleh ke belakang dan dua guru rebah di atas lantai

Suspek juga dikatakan menikam seorang guru yang sedang hamil lapan bulan.

Kebanyakan kematian adalah akibat luka tikaman

Gambar sekadar ilustrasi

Jeneral Polis Damrongsak Kittiprapas memaklumkan bahawa suspek kebanyakannya menggunakan pisau untuk membunuh kanak-kanak itu.

Dia membunuh menggunakan pisau, dia tidak menggunakan pistol, dia terus menikam kanak-kanak menggunakan pisau

Suspek kemudian keluar dan mula membunuh sesiapa yang ditemuinya di sepanjang jalan dengan pistol atau pisau sehingga dia pulang ke rumah, kata Damrongsak.

Walau bagaimanapun, polis telah mengepung rumah itu tetapi mereka mendapati suspek telah membunuh diri selepas membunuh isteri dan anak lelakinya.

Sumber: BBC, CNN

Total
0
Shares
Related Posts