Baru-baru ini tular gambar dan video kehijauan yang meliputi pergunungan Makkah Al-Mukarramah di Kerajaan Arab Saudi (KSA) selepas dilanda hujan lebat.
Malah, Suruhanjaya Diraja untuk Kota Makkah dan Tanah Suci (RCMC) di Twitter memuat naik gambar terbaharu Gunung Makkah dengan kapsyen “Tuhan memperindahkan bumi Makkah dengan gunung, dataran dan lembahnya; Yang membawa warisan sejarah, budaya dan pelancongan yang membuatkan kami menunjukkan kepada dunia keindahan Makkah Al-Mukarramah”.
Sebelum ini berlaku kemarau di pelbagai wilayah di Arab Saudi, menyebabkan Baginda mengeluarkan titah mengarahkan masjid di seluruh wilayah mengadakan solat Istiqa pada bulan November.
Baca Juga: Glasier Cair Lebih Cepat Dari Disangka?
Tidak lama kemudian, hujan melanda di bandar-bandar Arab Saudi termasuk kota Makkah dan Madinah selama dua minggu. Bekalan air hujan yang banyak ini menjadikan landskap dan lembah Dua Kota Suci menjadi hijau.
Walau bagaimanapun, fenomena alam itu telah membuat segelintir warganet bimbang kerana ‘hijau di bumi makkah‘ adalah salah satu pertanda semakin hampirnya kita kepada hari kiamat.
Hadis kehijauan di negara Arab
Jauh sebelum tamadun moden mendedahkan tentang fenomena iklim dan kitaran hidup bumi, Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu telah memberikan petanda ini. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda;
Ramalan Nabi bahawa Semenanjung Tanah Arab yang gersang akan kembali hijau akan menjadi kenyataan selepas 1400 tahun.
Fenomena tanah Arab hijau menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang dapat menukar sesuatu kawasan daripada kawasan yang kering dan gersang kepada kehidupan yang menghijau dalam masa yang sama menjadi peringatan dan pedoman kepada manusia tentang ‘akhir zaman‘ yang semakin hampir berlaku.
Sumber: Twitter, thenationalnews,