Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Gangguan IT Seluruh Dunia, Malaysia Turut Terjejas

Semalam seluruh negara telah mengalami gangguan IT yang menyebabkan pengguna di seluruh dunia mengalami ‘Blue Screen of Death’ (BSOD).

Gangguan IT ini, dikaitkan dengan isu dengan perisian Falcon Sensor CrowdStrike jadi apa sebenarnya yang berlaku?

Apakah itu CrowdStrike dan Falcon Sensor?

CrowdStrike adalah satu syarikat keselamatan siber yang mereka satu perisian Falcon Sensor untuk melindungi sistem daripada serangan siber.

Semalam, CrowdStrike memberi amaran kepada pengguna tentang satu bug pada Falcon Sensor yang menyebabkan sistem Windows mengalami masalah Blue Screen Of Death.

Apa itu Blue Screen?

Kalau anda pengguna Windows, mungkin tidak asing lagi dengan adanya error yang disebut sebagai blue screen.

BSoD ialah singkatan bagi Blue Screen of Death (skrin biru mati) di mana paparan ralat dipaparkan oleh sistem pengendalian, terutamanya Microsoft Windows yang diakibatkan oleh masalah sistem komputer.

Skrin ralat Blue Screen of Death biasanya berpunca daripada masalah pada fail pemacu peranti, ingatan komputer yang bermasalah, daftar Windows yang korup, serta DLL yang tidak serasi.

Hampir keseluruhan versi Windows boleh mengalami masalah skrin biru ini.

Kesan gangguan IT tersebut sehingga ke Malaysia

Gangguan itu telah memberi kesan global, menjejaskan pelbagai platform seperti Microsoft 365, Azure, Perkhidmatan Web Amazon, dan juga website social media seperti Instagram dan eBay.

Malaysia dikatakan turut terjejas antaranya adalah syarikat penerbangan AirAsia. Mereka telah memaklumkan bahawa segala tempahan pada platform mereka terjejas akibat isu gangguan IT.

Manakala Keretapi Tanah Melayu Bhd mengesahkan bahawa gangguan sistem tiket KITS dan saluran perkhidmatan pelanggannya juga terjejas disebabkan oleh gangguan IT global.

Sementara itu, penyedia gerbang pembayaran Malaysia iPay88 juga mengeluarkan e-mel yang memaklumkan bahawa terdapat gangguan terhadap perkhidmatannya yang turut terjejas akibat gangguan IT global.

Total
0
Shares
Related Posts