Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rusia Ugut Tembak Satelit Komersial Amerika & Sekutu

Kementerian Luar Rusia memberi amaran untuk menembak jatuh satelit komersial Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya sekiranya mereka memberikan bantuan kepada Ukraine dalam peperangan Ukraine-Rusia.

Memetik laporan Arstehnica, Timbalan Pengarah Jabatan Kementerian Luar Russia, Konstantin Vorontsov menegaskan bahawa AS sedang mencuba untuk mengukuhkan dominasi AS dengan menguasai ruangan angkasa.

Kami membincangkan tentang penglibatan komponen infrastruktur ruang angkasa termasuk komersial, oleh AS dan sekutu dalam konflik bersenjata

Timbalan Pengarah Jabatan Kementerian Luar Russia, Konstantin Vorontsov

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik tindakan AS dan sekutu yang menggunakan teknologi satelit untuk membantu Ukraine, dan beliau menegaskan bahawa perkara itu merupakan sesuatu yang berbahaya kerana mengancam kehidupan orang awam di rusia.

Baca Juga: Kapal NASA Rempuh Asteroid Pagi Esok

Malah, Rusia menganggap tindakan Amerika Syarikat dan sekutu tersebut adalah sesuatu yang berbentuk provokatif.

Untuk makluman, peperangan di Ukraine telah membunuh berpuluh ribu orang, menjejaskan pemulihan ekonomi global pasca COVID-19 dan mencetuskan konfrontasi paling teruk dengan Barat sejak Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962.

Sumber: Arstehnica

Total
0
Shares
Related Posts