Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Twitter Mengehadkan Bilangan Tweet Yang Boleh Dibaca Setiap Hari

Twitter telah mengenakan had sementara kepada bilangan tweet yang boleh dibaca pengguna dalam sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk berkata, langkah itu adalah untuk menangani tahap data scraping dan manipulasi sistem yang melampau.

Menurut Musk bahawa beratus-ratus organisasi atau lebih sedang mengikis data Twitter dengan agresif. Perkara itu telah memberi kesan kepada pengalaman pengguna.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan manipulasi sistem.

Baca Juga: Elon Musk Akan Kembalikan Akaun Yang Disekat Di Twitter Minggu Depan?

Untuk makluman, data scraping merujuk kepada proses di mana data atau kandungan diambil dari website lain tanpa kebenaran, untuk dipaparkan pada website yang lain.

Terdahulu, sebanyak 7,500 pengguna Twitter telah membuat aduan tidak dapat menggunakan Twitter, dan menerima mesej ralat, “Maaf, kadar anda terhad. Sila tunggu beberapa saat kemudian cuba lagi.”

Sumber: Twitter

Total
0
Shares
Related Posts