Elon Musk merancang untuk mengembalikan semula hampir semua akaun Twitter yang telah disekat sebelum ini.
Pemilik baharu Twitter, Elon Musk mengumumkan perkara itu setelah menjalankan tinjauan pendapat sama ada berbuat demikian atau tidak bagi pengguna yang tidak melanggar undang-undang atau terlibat dalam spam.
Berdasarkan tinjauan itu, 72.4 peratus responden bersetuju manakala 27.6 peratus tidak bersetuju untuk mengembalikan akaun tersebut.
Baca Juga: CEO Tesla Elon Musk Ingin Beli Manchester United
Sebelum ini, Musk telah mengembalikan beberapa akaun yang sebelum ini disekat kerana melanggar peraturan Twitter termasuk akaun bekas Presiden Donald Trump, anggota kongres Marjorie Taylor Greene dan Kanye West.