Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Google Lens Dapat Kenal Pasti Penyakit Kulit?

Google Lens telah memperkenalkan ciri baru untuk membantu pengguna mengenal pasti keadaan perubatan tertentu dengan menggunakan kamera telefon untuk menangkap imej ruam atau penyakit kulit.

Menurut sumber, ciri ini berfungsi sama seperti ciri pengecaman imej sedia ada pada Google Lens, di mana pengguna boleh memilih imej daripada galeri foto mereka untuk menggunakan fungsi pengesanan keadaan kulit baharu.

google lens
Sumber: 9to5google

Walau bagaimanapun, ciri ini bukan pengganti diagnosis perubatan profesional, ciri hanya boleh memberikan gambaran awal terhadap sifat masalah kulit sebelum berjumpa dengan pakar dermatologi.

Baca Juga: Peranti Android Boleh Dijadikan Sebagai Dashcam?

Untuk makluman, aplikasi tersebut telah dilancarkan buat kali pertama di Eropah pada 2021.

Walau bagaimanapun, aplikasi tersebut berdepan kesukaran untuk ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat kerana perlu mendapat kelulusan dari pihak Food and Drug Administration (FDA) terlebih dahulu.

Sumber: TechCrunch

Total
0
Shares
Related Posts