Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Widget Mata Wang Untuk MYR Dikeluarkan Dari Google?

Minggu lalu, widget kadar penukaran di Google membuat ralat terhadap penukaran kadar nilai ringgit.

Beberapa hari lepas widget carian untuk kadar nilai mata wang ringgit tidak disediakan oleh Google.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Google telah mengeluarkan widget untuk carian MYR untuk menangani isu teknikal.

Meskipun carian untuk mata wang ringgit dikeluarkan. Google merancang untuk mengembalikan semula paparan kadar pertukaran RM selepas isu teknikal selesai.

Tahun ini, Google telah memaparkan kadar pertukaran Ringgit secara tidak tepat dua kali pada 6 Februari dan 15 Mac, mencetuskan kontroversi di platform media sosial.

Total
0
Shares
Related Posts